Rahsia Diet wanita

 

 
 

PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI

 Laman Utama > Galeri > Nukilan > Macam Macam Ada > Kekeluargaan > Pesanan Isteri Untuk Suami

Untuk para suami, ikutilah pesanan  anda untuk menjamin kerukunan rumahtangga anda.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
www.familiazam.com
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4 Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
www.familiazam.com
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

1 0. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
www.familiazam.com
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami"degil" tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
www.familiazam.com
18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
www.familiazam.com
21. Jangan buat tak tahu kalau Isteri merajuk atau berkecll hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Mutiara Kata: "Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya"


Berpeluang untuk temuduga SPA, tapi bimbang gagal?

Ketahui rahsia lulus temuduga SPA dengan mudahnya dan seterusnya bergelar sebagai PENJAWAT AWAM!! Kerja Kerajaan dalam genggaman... hadiri temuduga kerja kerajaan berbekalkan keyakinan yang tinggi untuk lulus.

 
 
 Main Menu 1
Laman Utama
Salam Ingatan
Bahasa Jawa
  
Belajar
  
Kamus Melayu - Jawa
  
Kamus Jawa - Melayu
  
Mari Sebutkan
  
Lagu Jawa
Galeri
  
Islam
  
Foto
  
Resepi
  
Artikel
  
Permainan
  
Perkhidmatan
  
Nukilan
   Petua
   Tutorial
 Tips & Info
  
Komputer
  
Kereta
  
Umum
  
Laman Web
Koleksi
  
Background
  
Border
  
Midi
  
Bendera
  
Divider
  
Lawak Kata
  
Mutiara Kata
  
Lencana
   Motivasi Dr Fazley
   E-book
Peta Laman
Kemaskini
Hubungi Kami
Komen Pengunjung

Ardzham Blog
 

 Shout Box
 
 Eksklusif Sponsor
Membongkar rahsia Usahawan Kecil Yang Berjaya
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Site Rank




Display Pagerank

Site Meter

 
 Recommended Downloads


Download Now
Nak kahwin? tapi... TAK CUKUP DUIT?
Dapatkan rahsia mengumpul & menjana wang untuk perkahwinan anda.

Download Now
Sebagai ibu-bapa anda pasti diselubungi pelbagai persoalan mengenai bagaimana untuk membuatkan anak-anak anda sentiasa mendengar kata serta terhindar dari pelakuan-perlakuan negatif.

Download Now
Ketahuilah teknik pengurusan masa yang sebenar! dan jimatkan masa anda sekurang-kurangnya 10 jam seminggu... Pelajari strategi & tips menggunakan masa dengan efektif demi untuk diri dan keluarga anda.

Download Now
Ketahui rahsia lulus temuduga SPA dengan mudahnya dan seterusnya bergelar sebagai PENJAWAT AWAM!! Kerja Kerajaan dalam genggaman... hadiri temuduga kerja kerajaan berbekalkan keyakinan yang tinggi untuk lulus

 
Copyright © 2001 - 2010 Famili Azam Dot Com

Kemaskini Akhir: 30 August 2010 11:19 PM