|
PESANAN ROH KEPADA
MANUSIA |
 |
|
|

Apabila roh keluar dari jasad, ia
akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi
akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan,
lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu
kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab
pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
www.familiazam.com
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang
memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh"
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang
yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani
kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri
atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.
www.familiazam.com
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :"Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka
janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku
telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada
mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya
kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi
belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh
pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai
anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku".
www.familiazam.com
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku.
Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang
dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang
melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi
kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu
menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah
kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku"".
www.familiazam.com
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang
dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan
bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi
Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini
jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal
seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah
itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir
sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat
nazak orang itu".
www.familiazam.com
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang
yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya
yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang
yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang
mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak
ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu.
www.familiazam.com
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut,
kamu cabutlah ruhnya dari arah lain". Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut
roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah
tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan
keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan".
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya
malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu".
www.familiazam.com
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah
kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja
malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir".
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata
tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah".
www.familiazam.com
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu,
tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat
maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka
keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju
ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di
bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari
minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
www.familiazam.com
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan
kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun
dia sudah mati.
Sumber:
Foward E-mail
 |
|
Mutiara Kata:
"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda
bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu
meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya" |
|
|

Berpeluang untuk temuduga SPA, tapi bimbang gagal?

Ketahui rahsia lulus temuduga SPA dengan
mudahnya dan seterusnya bergelar sebagai PENJAWAT AWAM!! Kerja Kerajaan
dalam genggaman... hadiri temuduga kerja kerajaan berbekalkan keyakinan
yang tinggi untuk lulus.
|
|
|
|
 |
|
Main Menu |
|
|
| |
|
Notice |
Pengunjung
dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan
dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat:
|
1- |
Meletakkankan Sumber:
http://familiazam.com pada
setiap dokumen yang telah di
copy. |
|
2- |
Copy & upload images ke hosting
anda sendiri atau free hosting
jika bertujuan untuk disiar di
internet. |
|
3- |
Menghubungi kami [email,
borang
atau sms] memohon izin adalah
sikap dan jalan terbaik |
|
4- |
Nyatakan tujuan dan url jika di
copy untuk dimuatkan dalam web,
blog.atau laman sosial seperti
facebook dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
Follow
Me |
|
|
|
|
|
Paid-up
Advertisement |
|
|
| |
|
Text Advertisement |
|
RAWATAN, PERUBATAN,
PERSILATAN & KEMAKRIFATAN
Buang Saka, Terkena Sihir,
Pulih Rumah, Pulih Kedai,
Masalah Suami Isteri & Keluarga,
Sakit Misteri & Sebagainya.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

PAK HASSAN

http://rawatan-perubatan.blogspot.com |
- Pesakit
akan dibimbing untuk merawat diri sendiri
semasa dan selepas rawatan.
- Tiada
unsur khurafat, penggunaan khadam & jin.
- Cara
rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah
islam.
- Untuk
keselesaan pesakit, rawatan boleh dilakukan
di rumah pesakit sendiri.
- Boleh
mengajar dan menurunkan ilmu kepada sesiapa
yang benar-benar berhajat.
|
|
|
Recommended Downloads |
|

Untuk
wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi
malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan
anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki
idaman anda di sini!

Anda ingin disayangi & disenangi
oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda &
membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang,
terbukti berkesan, hasil yang
cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Membongkar rahsia herba yang disangka
semak
samun
disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang
anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga
RM100
sekilogram!

Ketahui cara bagaimana anda
boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi yang dijamin paling berkesan!
|
|
|