Utama    Profile    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Blog    Hubungi

RESEPI ROTI

 Laman Utama > Galeri > Resepi > Roti

Ada beberapa resepi roti yang kami sediakan untuk anda mencubanya. Kami akan menambah lagi resepi-resepi ini dimasa-masa akan datang. Selamat mencuba.

MENU ROTI 

     01 - Roti Taliban
     02 - Roti mar-mar bercoklat
     03 - Ban berjam
     04 - Roti bakar bersalut telur
     05 - Karamel sandwich pisang emas


01- ROTI TALIBAN

Bahan-bahan:
1.5 kg tepung gandum
500 gram tepung atta
1250 ml air
200 gram minyak sapi
25 gram ibu roti segera
200 gram gula
20 gram garam
20 gram biji-bijirin
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan-bahan kedalam mesin pengadun bahan roti dan adunkan selama 10 minit.
Perapkan adunan tadi selama 10 minit kemudian potong dan timbang seberat 150 gram setiap satu.
Perapkan adunan selama satu jam dan kemudian canai adunan dan bakar di dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 180° C atau panggang selama 5 hingga 10 minit.

[Kembali Ke Menu Roti]


02- ROTI MAR-MAR BERCOKLAT

Bahan-bahannya:
100 gram susu cair (yang dipanaskan)
Sedikit ragi
200 gram tepung gandum
30 gram gula pasir halus
Garam secukup rasa
2 biji telur ayam
50 gram men¬tega tanpa garam yang dicairkan
4 sudu serbuk coklat pekat
100 gram gula halus
60 gram mentega tanpa garam yang dicairkan
75 gram coklat masakan yang dicairkan
25 gram coklat masakan yang dicairkan dituangkan ke dalam acuan berbentuk daun
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya
Ambil 1/3 bahagian susu cair yang telah dipanaskan. Masukkan ragi. Kacau sehingga berbuih. Masukkan tepung gandum (tinggalkan dalam 50 gram) dan kacau rata. Sisihkan ke tepi selama 15 minit.
Campurkan baki tepung dengan gula dan garam. Aduk rata adunan tersebut. Buat lubang di tengah adunan. Masukkan susu dan telur. Kacau rata. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan adun rata bahan tersebut.
Uli adunan hingga lembut. Tutup dengan plastik dan simpan selama 40 minit hingga adunan mengembang.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Setiap bahagian diuli dengan kayu penggiling. Taburkan dengan bahan is! dalam.
Gulung adunan dengan padat. Masukkan ke dalam loyang yang berlubang tengah berukuran 22 sentimeter yang sudah disapu dengan mentega dan tepung gandum.
Tutup dengan plastik dan biarkan selama 40 minit.
Kemudian buka plastik dan bakar selama 25 minit.
Angkat dan sejukkan. Siram dengan coklat yang telah dicairkan. Biarkan hingga coklat keras. Hiaskan dengan daun coklat. Potong kecil-kecil untuk disajikan.

[Kembali Ke Menu Roti]


03- BAN BERJAM

Bahan-bahannya:
1 kg tepung protin tinggi
250 gram tepung gandum biasa
100 gram mentega
2 biji telur
Sedikit badam hiris ( jika suka)
Sedikit garam
Jem pelbagai rasa
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Ayak tepung dengan garam kedalam mangkuk.
Masukkan mentega dan telur, gaul sampai menjadi seperti serbuk roti.
Uli hingga kenyal.
Biar doh mengembang dua kali ganda saiz asalnya.
Uli lagi sekali dan buat bentuk bulat.
Biarkan ditengahnya berlubang. Letakkan jem diatas doh.
Letakkan doh pada dulang pembakar dan bakar pada 250 darjah celcius selama 15 minit.
Hidangkan ketika masih panas.

[Kembali Ke Menu Roti]


04- ROTI BAKAR BERSALUT TELUR

Bahan-bahannya:
6 keping roti ban
1/2 cawan jem sebarang rasa
6 biji telur
1/2 cawan susu segar
2 camca majerin
1 camca gula
1/2 camca serbuk kayu manis
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Sapukan jem keatas roti ban samarata. Potong setiap roti mengikut citarasa anda.
Didalam mangkuk yang sederhana pukul telur dengan susu sehingga separuh kembang.
Celup setiap roti di dalam telur tersebut. Di atas kuali leper yang sederhana, panaskan majerin diatas api yang sederhana. Gorengkan roti tersebut sehingga kekuning-kuningan dikedua-dua belahnya.
Campurkan gula dan serbuk kayu manis hingga sebati dan taburkan keatas roti yang telah dimasak tadi.
Hidangkan bersama sirap maple.

[Kembali Ke Menu Roti]


05- KARAMEL SANDWICH PISANG EMAS

 

Bahan-bahannya:
500 gram pisang emas
500 gram krim putar
100 gram dark chocolate button
Gula pasir secukupnya
Mentega secukupnya
Roti sandwich
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Cara-cara membuatnya:
1- Pisang dibuang kulit dan dikisar hingga halus.
2- Masak pisang yang dikisar dengan krim putar hingga mendidih.
3- Masukkan dark chocolate button dan kacau hingga cair. Sejukkan.
4- Sapukan adunan pisang keatas kepingan roti sandwich (tangkupkan seperti membuat sandwich)
5- Sapukan mentega pada roti dan taburkan gula.
6- Panaskan roti di atas skillet pan tanpa minyak hingga gula menjadi caramel atau berwarna perang. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

[Kembali Ke Menu Roti]

Mutiara Kata: "Sesiapa yang keluar daripada perbuatan maksiat lalu melakukan ketaatan serta kebaikan, akan dikurniakan Allah SWT dengan kemuliaan, kekuatan serta kekayaan hati"


Nak kahwin? tapi... TAK CUKUP DUIT?

Dapatkan rahsia mengumpul & menjana wang untuk perkahwinan anda.

 

 

 Main Menu
 
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Twitter
Facebook
Geng Blogger
Host By
 Paid-up Advertisement
Keladi Tikus Penawar Kanser
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Recommended Downloads


Download Now
Untuk wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman
di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

Download Now
Anda ingin disayangi & disenangi oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Download Now!
Membongkar rahsia herba yang disangka semak samun disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga RM100 sekilogram!

Download Now
Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi
yang dijamin paling berkesan!

 
  Last Update: 30 November 2011 09:48 AM