|
REZEKI YANG
DIBERKATI |
 |
|

Kekayaan
tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.Dengan adanya
keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan
dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.Sebaliknya,
tanpa keberkatan, hidup akan dirasakan sempit dan susah
meskipun banyak harta.
Cara-cara untuk
mendapatkan keberkatan dari Allah:www.familiazam.com
-
Bersyukur
atas apa yang diberikan oleh Allah.
-
Belanjakan
harta pada jalan yang diredai oleh Allah.
-
Berusaha
untuk mendapatkan rezeki yang halal.
-
Keluarkan
sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan
sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
-
Selalu
bersedekah kepada anak yatim / miskin. insyaallah
akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
-
Ikhlaskan
pemberian hanya kerana Allah, bukan mengharapkan
pujian dan sebagainya. Sedekah seharusnya di mulakan
dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah
kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.
-
Hulurkan
pemberian sunat secara rahsia- tetepi pemberian
wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai
menegakkan syiar islam.
-
Hulurkan
bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam
satu hadis, Nabi Muhammad menerangkan setiap awal
pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat
menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru "Ya
Tuhan ku, Kurniakanlah ganti kepada Orang yang
membelanjakan hartanya kerana Allah". Yang satu lagi
menyeru "Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (kedekut)",
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk
dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan)
harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah
celaka.
Rasaulullah saw
bersabda "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air
memadam api" Sedekah walaupun kecil, amat berharga
disisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal
pagi.
www.familiazam.com
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara diatas,
Insyaallah rezeki yang dikurniakan oleh allah akan kekal
walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau
menggantikan apa yang telah dibelanjakan.Amalkan ilmu
yang ada , Kelak Allah akan menambahkan ilmu lagi.Begitu
juga harta, belanjakan harta yang ada, kelak Allah akan
tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
www.familiazam.com
Sumber : Majalah Tempatan.www.familiazam.com
|
|
Mutiara Kata:
"Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan
perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan
untuk menuju cita-cita yang lebih besar." |
|
|

Tahukah anda? Untuk mengecapi
kekayaan, kebahagian serta ketenangan di dalam hidup!.. Ianya bermula
dari "Rezeki Yang Diberkati.."

Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi
wang? Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih
teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan
yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket
anda.
|
|
|
|