 |
SINAR IMPIAN KU
Deru angin pagi dingin menyapa tubuh,
Kicauan beburung mendendangkan lagu kenangan lalu,
lambayan dedaun seolah-olah bak tarian gemalai,
Jauh ku tenung sejarah kisah silam ku yang penuh onak dan ranjau,
Harapan dijulang mengapai cita-cita,
Pasrah pada sejarah hidupku,
Hikmah menanti dihadapan,
Aku tempuhi cabaran kelmarin dan hari ini,
Untuk esok diharapkan menjadi buah,
Buah yang enak untuk menjadi santapan,
Hidangan kepada mereka-mereka yang sangat ku kasihi.
Ku impikan kebahagiaan hakiki,
Sinar itu pasti akan wujud datang dari Allah yang Esa.
Sinar Impianku...
Nukilan: Rasak Laut
Kiriman: Khamis, 30 Oktober, 2008 23:11 |
|
|