 |
DIA TIDAK PERNAH
Dia tidak pernah mendengar mendayu-dayu
Keriuk meliuk buluh bambu
Baagai melagu rentak irama sayu
Cerita insan terpinggir yang dilupa dunianya
Yang satu ketika gagah melangkah menunjuk arah
Bertasbih jujur,ikhlas menghitung
Masa depan anak-anak itu.
Bahagia cerita yang menunggu untuk berlaku
Dia yang mendengar penuh keliru.
Dia tidak pernah letih
Masih kuat berjuang difikiran
Tidak nyanyuk untuk menafsirkan
Masih berjuang masa untuk mereka
Tentang hari kemudian yang mendebarkan
Berfikir yang seperti berzikir
Banyak ….dan jujurnya yang bertambah limpah
Masih hebat walau hampir seabad
Dia tidak pernah jemu
Terlalu bahagia bila bercerita
Bahawa yang gagah di samudera
Bahawa yang gagah diudara
Bahawa yang cerdik dan bijaksana
Bahawa yang membangun kota dan desa
Bahawa yang hebat segala jasa
Dulunya merasa kasar telapak tanganya
Terasa diusap lembut memujuk merajuk
Lama bersamanya mencorak putih dan hitam
Yang membuka jalan bahagia mencerah kelam
Dia tidak pernah lupa
Untuk mengingat yang lali alpa
Sabarnya melangit, santunnya merunduk
Dia tidak pernah kaya
Walau setengah abad berusaha
Dia tidak pernah kecewa
Hidupnya untuk anak-anak tidak berdosa
Syurganya dalah akal dan pekerti
Dia tidak pernah apa-apa.
Dia tidak pernah merasa
Nikmat berharta gembira dunia
Dia cuma guru biasa yang luar biasa
Dia terlalu bangga menjadi guru
Dia tidak akan pernah apa-apa lagi
Kerana hari ini guruku sudah tiada
Dijemput pulang kenegeri abadi
Yang tinggal selaut jasa segunung budi
Jantungnya terhenti berdenyut
Tapi semangat itu masih hidup dan kasihnya kuat bertaut,
Jika ditakdir aku mempunyai seorang lagi ibu
Pastinya ibu itu adalah kamu ………guruku
Didekasikan untuk guruku
Yang sudah kembali ke rahmatullah
Hanya Allah yang mampu membalas jasamu.
Nama Pengirim: Azim Kammani
E-mel: camarabadi[at]yahoo[dot]com
Diterbitkan Pada: 06 September 2009 |
|
|