TIKA DAN KETIKA

Tika pujian engkau tinggi melangit,
Aku masih tetap menatap bumi,
Tika saat aku lemas dalam sanjungan,
Aku masih lagi ada pelampung ketakwaan,

Tika aku di kelilingi ramainya orang,
Aku masih lagi terasa aku keseorangan,
Tika aku di kayakan dengan kekayaan,
Aku masih lagi didalam kemiskinan iman,

Bila tika itu berlaku aku sememangnya menunggu,
Bila tika itu telah tiba aku masih belum terleka,
Kerana aku telah lama bersedia,

Kerana tika itu semua bukannya apa-apa,
Asalkan aku tidak terlupa,
Siapa aku ketika itu di sisiNya.........
 

Dikirim Oleh : Alam Maya
E-mail Pengirim : zakiepitihmasyu[at]yahoo.com
Dikirim Pada:
Diterbitkan Pada: 25 November 2010

 

 

<< Undur | Galeri Sajak |Maju >>