 |
CINTA TIADA LAGI
Seandainya cinta ini mati,
usahlah engkau tangisi nanti,
kerana semasa hidupnya pun
kau tak pernah menghargai,
sekiranya cinta ini bersemadi
janganlah sekali-kali kau taburkan bunga kemboja,
kerana ketika cinta ini mewangi
kau tak pernah terpesona dengan keharumannya ,
jika ditakdirkan aku mati,
tak perlulah kau kenangi lagi
kerana aku hidup keranamu
namun bagimu aku bagaikan mati disisimu,
biarpun kau hidup atau mati,
bagiku kau adalah cintaku selamanya,
dan aku tetap mendoakan kebahagianmu
buat selamanya biarpun tiada lagi cinta diantara kita....
Dikirim Oleh : Mzakiey Hs
E-mail Pengirim : zakiepitihmasyu[at]yahoo.com
Dikirim Pada:
Diterbitkan Pada: 25 November 2010 |
|
|