|
Sejarah perkembangan komputer
secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun
1940. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi
evolusinya :
http://familiazam.com
Generasi Pertama (1940-1959)
Generasi Kedua (1959-1964)
Generasi Ketiga (1964-1980)
Generasi Keempat (1980 - Sekarang)
Generasi Kelima (Masa Depan)
http://familiazam.com
GENERASI PERTAMA
Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan
Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat
pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering
melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai
Kerangka Utama (Mainframe).
http://familiazam.com
Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan
penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia
cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang
diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat
banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan
elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus
elektrik di kawasan sekeliling.
Tiub Vakum ENIAC
Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu
ENIAC (Electronic Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr.
John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140
meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan
menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan
5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi
komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan
diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya
digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja.
http://familiazam.com
Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai
Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan
oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi
melakukan tugas pemprosesan dan storan.
EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah
menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan
tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu
mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah
komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan.
http://familiazam.com
Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan
komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia
lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC
menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.
UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga ciptaan Dr. John
Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data
perniagaan pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang
sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan
raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika
Syarikat.
http://familiazam.com
GENERASI KEDUA
Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod
bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan
murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum.
Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras
magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran
elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer
juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas
menjalankan arahan.
http://familiazam.com
Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi
menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia
menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer
bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat.
Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer
mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains
komputer untuk melatih kakitangan mahir.
Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer
mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka
utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam
bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama
dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM
(International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090
dan 7094.
GENERASI KETIGA
http://familiazam.com
IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah
Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi segala peralatan
bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan
samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli
industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan
banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian
(Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara
berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan
Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua
stesen-stesen mampu melakukan proses serentak.
Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat
dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor
dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala
Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar
terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan
tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah
menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan
alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan
elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua
bermula.
http://familiazam.com
Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia
cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan
kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC
di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti
Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam
pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa
pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo dan PL/1.
Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara
bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC
mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian
penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan
sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang
pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.
GENERASI KEEMPAT
http://familiazam.com
Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi
ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih
lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu,
ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah
dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat
Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).
Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga
telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil
Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan
lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa pemproses
selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak
digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan
sistem kawalan pengkalan data yang amat besar.
http://familiazam.com
Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan
ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa
jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop
atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku
rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah
dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah
bertambah dari masa ke semasa.
Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan 'multimedia'
yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang
mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah
simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi
sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi
kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area
Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan
Sistem Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah
dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih
canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari
komputer di rumah !.
http://familiazam.com
Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu
kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga
diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer
menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu
membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.
GENERASI KELIMA
http://familiazam.com
Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu
impian masa depan. Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk
jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau
lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia.
Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat
kali ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil 'Artificial
Intelligence' akan mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau
memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia.
Jabatan ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang
penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini dikenali dengan
nama 'Star Wars' ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit.
Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja
pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga
akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di
dalamnya mengandungi pelbagai informasi tentang pengguna tersebut.
http://familiazam.com
Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris
arahan pengaturcaraan Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot
memilih di antara buah limau dengan buah epal menerusi arahan suara
yang diberikan kepadanya !. Komputer juga dijangka menjadi suatu
bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video conference'
dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka
akan wujud di segenap negara.
http://familiazam.comv
INFO PENULIS
Nor Arisham Bin Haji Bakar
MIS Executive/System Analyst
URL : www.whizzkid.cjb.net / www.arisham.cjb.net
EMail : whizzkid_98@hotmail.com / arisham@pd.jaring.my
Author Of : Pengaturcaraan Pascal, Sistem Rangkaian dan Pengurusan
Koperasi,
Computer Might And Magic, Turbo Pascal 7.0 Programming, Turbo Pascal
(Grafik),
Turbo Pascal (Grafik Lanjutan), Windows CE dan Komputer MudahAlih.
www.familiazam.com |