|

Apakah Skim Cepat Kaya yang
begitu banyak itu benar-benar akan menjadikan anda seorang yang kaya
raya sepertimana yang dijanjikan?
Ikuti laporannya.
Terdapat skim-skim yang semakin popular di kalangan pengguna
Internet Malaysia hari ini yang menawarkan wang mudah dengan cara;
"baca emel dapat duit"
"surf dapat duit"
"pelaburan berpulangan tinggi"
Dan variasi-variasinya.
http://familiazam.com
Dalam laporan ringkas ini, kita akan mengikuti dan memahami modus
operandi skim-skim ini secara sepintas lalu.
Diharapkan kita dapat mengambil iktibar dan menjauhi apa juga skim
yang salah di sisi undang-undang.
Paid to Read
Secara asasnya skim ini mengatakan mereka menerima bayaran dari
pengiklan yang berminat untuk beriklan dengan mereka. Dan anda akan
dibayar apabila anda melihat iklan-iklan ini. Kita boleh terima
model ini. Kerana memang wujud pengiklan yang mahu membeli iklan
semata-mata untuk membanyakkan bilangan pelawat sekaligus "page
impression" (bilangan kali page mereka dilihat). Sekadar untuk
berkongsi pengetahuan, pembeli iklan-iklan ini selalunya bukanlah
berniat untuk menjual produk ataupun mempromosi apa-apa, sebaliknya
niat utama mereka adalah untuk menarik lebih ramai pelawat ke laman
web mereka. (untuk tujuan yang hanya diketahui mereka)
http://familiazam.com
Bagi program baca emel untuk dapat duit pula, anda akan dibayar
untuk bilangan emel yang anda terima dan baca. Selalunya akan ada
had mengenai jumlah emel yang anda baca, misalnya anda hanya
dibenarkan membaca 10 emel setiap hari. Dan anda akan dibayar
beberapa sen untuk setiap emel yang anda baca.
Selain daripada keuntungan yang diterima daripada yuran yang
dikenakan kepada pengiklan, penganjur program "paid to read" ini
boleh juga mendapatkan dana tambahan daripada pakej upgrade yang
ditawarkan kepada ahlinya. Misalnya anda membayar USD 10 untuk
upgrade keahlian. Daripada had 10 emel sehari yang dikenakan kepada,
anda kini boleh membaca 20 emel misalnya. Lebih cepat anda mengumpul
bayaran, lebih cepat anda boleh ditukar kepada wang tunai setelah
melepasi had-had tertentu.
http://familiazam.com
Model perniagaan seperti ini walaupun kurang solid, tetapi masih
boleh diterima akal (walau apa pun lebih baik dijauhi). Skim-skim
ini biasanya dijalankan oleh mereka yang yang tidak kredibel (orang
yang cemerlang akan menjauhi skim-skim cepat kaya yang tidak
mempunyai masa depan seperti ini) dan tiada jaminan anda akan
dibayar setelah tiba masanya nanti. Hasilnya, penat lelah anda
membaca emel-emel sebelum ini, lesap begitu sahaja.
Autosurf
Program ini juga berasaskan konsep yang sama. mereka menerima
bayaran dari pengiklan yang berminat untuk beriklan dengan mereka.
Dan anda akan dibayar apabila anda melihat iklan-iklan ini. Selain
daripada keuntungan yang diterima daripada yuran yang dikenakan
kepada pengiklan, penganjur program "autosurf" ini boleh juga
mendapatkan dana tambahan daripada pakej upgrade yang ditawarkan
kepada ahlinya. Misalnya anda membayar USD 10 untuk upgrade keahlian.
Daripada hanya 10 laman web sehari yang boleh dilayari untuk
mendapatkan bayaran, anda kini boleh melayari 20 laman web misalnya.
http://familiazam.com
Model perniagaan seperti ini walaupun kurang solid, tetapi masih
boleh diterima akal (walau apa pun lebih baik dijauhi).
Randomizer/Piramid
Anda membayar sejumlah wang, dan emel anda akan diletakkan didalam
satu senarai. Setiapkali ahli baru menyertai skim ini, ahli lama
akan dibayar secara rawak (random) dari senarai tadi. Lebih banyak
anda bayar, lebih cerah peluang anda untuk dibayar ketika ahli baru
masuk.
http://familiazam.com
Sistem Piramid yang sangat jelas. Katakan 7 billion penduduk dunia
menyertai program ini, apa akan jadi kepada peserta yang ketujuh
billion tersebut?
Dan di Malaysia, terdapat rakyatnya yang lebih kreatif. Mereka
menggunakan taktik baru, iaitu system piramid mengunakan Kad ATM
(bankcard). Ada ynag meminta deposit RM 10, 20 dan juga RM30. Namun
konsepnya tetap sama. Ahli baru akan membayar ahli lama.
Sistem Affiliate Palsu
Kami cukup benci dengan mereka yang menyalahgunakan terma ini.
Sebenarnya system affiliate adalah satu program pemasaran yang sah
dan sangat berkesan di Internet. Namun disebabkan terdapat beberapa
orang yang mencari keuntungan segera dengan memburukkan nama sistem
affiliate.
http://familiazam.com
Biarlah kami ceritakan secara ringkas. Affiliate adalah ejen jualan
untuk sesuatu produk. Mereka akan dibayar apabila mereka menjual
sesuatu produk, biasanya dalam bentuk komisen. Labih banyak yang
mereka jual, lebih banyak yang mereka perolehi.
Kerana dikaburi untung segera, affiliate-affiliate ini akan menarik
orang membeli produk mereka dengan menggunakan komisen yang bakal
dikutip oleh ahli tersebut sebagai umpan. Dari tujuan asal untuk
menjual produk, affiliate tadi menjual keahlian sebagai affiliate
dengan janji kosong!
http://familiazam.com
Di Malaysia, skim ini dapat anda kenali kerana mereka menawarkan
pakej ratusan (malahan ribuan) ebook-ebook berbahasa Inggeris lapuk
yang penulisnya sendiri pun tidak menggunakannya lagi pada harga
tertentu di samping menjanjikan pendapatan tambahan jika anda
berjaya menarik pembeli membeli pakej tersebut.
Jika anda tidak mahu membaca ebook tersebut, jangan beli. Jika anda
tidak mahu menggunakan produk tersebut, jangan beli. Jangan beli
semata-mata untuk menjualnya kembali, ia bukan satu tindakan yang
pintar.
http://familiazam.com
Variasi Skim-Skim Tersebut
Namun trend terkini, terdapat juga variasi daripada skim-skim ini
yang menawarkan imbuhan dalam bentuk peratus daripada yuran yang
dibayar ahli. Misalnya 1% sehari, 2% sehari, 12%sehari, dan ada juga
yang berani meletakkan 130% peratus sehari!
Untuk medapatkan ganjaran ahli mungkin akan diminta melayari
sejumlah laman web, membaca sejumlah emel, mencari sejumlah downline
ataupun menyimpan wang di dalam dana tersebut untuk sejumlah hari.
http://familiazam.com
Model perniagaan inilah yang sangat tidak solid dan seharusnya tidak
ada kompromi untuk menegakkan program-program seperti ini!
1)Bayangkan jika kami dibayar 12% sehari. Setiap minggu, pelaburan
kami akan bertambah 144% Setahun? Tunjukkan kami mana-mana syarikat
di dunia ini yang mencatat keuntungan sebegitu besar? Syarikat
minyak pun boleh bankrap tuan puan kalau bayar dividen sedemikian
banyak kepada pelabur.
http://familiazam.com
Jadi jelas, skim-skim ini tidak logik dan tidak mempunyai asas dan
model perniagaan yang mantap. Ia tidak wajar diceburi.
Falasi
Jangan tertipu dengan kenyataan sesetengah ahli yang menyatakan
mereka telah dibayar. Ya, mereka memang dibayar! Jika mereka tidak
dibayar, bagaimana penganjur skim-skim ini hendak menarik (dan
menjerat) lebih ramai orang. Dengan membayar ahli-ahli awal, ini
akan membina kredibiliti mereka dan lebih ramai orang akan percaya
mengenai "sustainability" skim tersebut. Lagipun, bukankah skim ini
mengamalkan prinsip Ponzi?
Ponzi
Skim pelaburan yang melibatkan pulangan dividen yang dikaut dari
wang yang dilaburkan pelabur baru dan bukan dari keuntungan
perniagaan. Skim Ponzi menawarkan keuntungan jangka pendek yang
tinggi untuk menarik pelabur baru, di mana wang mereka diperlukan
untuk membayar dividen kepada pelabur lama. Yang seterusnya akan
berterusan sehingga tindakan mereka terbongkar ataupun penganjurnya
lesap.
http://familiazam.com
Mudah sahaja, bayangkan anda berfikir seperti penganjur skim cepat
kaya tersebut, anda mahu RM 100 dari seorang ahli yang bernasib
malang, ataupun RM 100000 dari 1000 ahli yang malang?
Perkembangan Terbaru
Sebuah variasi dari skim-skim ini (agak popular di Malaysia) sedang
bergelut dengan sebuah syarikat pemproses bayaran yang sedang
meningkat naik. Masing-masing saling tuduh menuduh.
http://familiazam.com
Yang menjadi mangsa? PENGGUNA!
Jadi, jauhilah skim-skim seperti ini walaupun ia menjanjikan bayaran
lumayan dan walau sesiapun yang mencadangkannya kepada anda. Orang
yang cemerlang dan usahawan internet yang sebenar akan menjauhi
skim-skim seperti ini. Ia terletak dalam dua kategori sahaja,
perjudian ataupun tindakan kurang bijak. Mudah."
http://familiazam.com
Sumber: www.saifulsham.com
 |
|

Adakah anda minat nak buat bisnes internet,
tapi tak tahu nak mula? Nak mula, tapi tiada modal? Tak ada produk,
camne nak bisnes? Nak promosi, tak tahu? Sibuk kerja, mana ada masa?
Atau macam-macam lagi halangan?

Disebabkan masalah-masalah inilah, Rahsia Affiliate Kerajaan
Dibongkarkan oleh JaMaL, seorang Internet Marketer yang berpengaruh.
Ketahui bagaimana JaMaL menjana RM125,985.50 dalam masa setahun dengan
Affiliate. Anda juga boleh melakukannya!
|