|
TANTRA TOTEM -
CHINESE GOOD LUCK |
 |
|
|
Anda mungkin tidak
mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan
dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
http://familiazam.com
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya,
kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi
lebih penting apabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah
sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
http://familiazam.com
KELIMA.
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu
diijabkabulkan.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak
memiliki apa-apa.
http://familiazam.com
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi
percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
http://familiazam.com
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin
tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan
melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
http://familiazam.com
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri,
Rasa hormat kepada orang lain,
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah
berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya
daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
|
|
Mutiara Kata:
" Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik
daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami" |
|
|
|
|
|
|