
01- Pesan orang
arifbillah, jadilah makmumyang baik iaitu solat berjemaah dalam
keadaan duduk menunggu imam datang dengan penuh zikir dan tasbih
sambil berselawat.
02- Tidak sempurna hati yang berzikir itu andai tiada disusuli
dengan amal perbuatan mengikut syariat islam. (Fikir Amal,
Khidmat & Sabar)
www.familiazam.com
03- Tidak sempurna iman kita andai tidak memperdulikan orang
lain dan berbuat baiklah sesama manusia agar penyatuan ummah
teguh dan tegap.
04- Kata orang arifbillah, gagal sesuatu amal itu adalah kerana
perasaan sendiri yang mencengkam hati dan nurani hingga hilang
pertimbangan aqal dan qalbu.
05- kehidupan ummah akan hancur lebur bila ekonomi dan
kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama
manusia.
www.familiazam.com
06- Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh fikir dan zikir
kerana ia akan disertai dengan kesabaran andai dilakukan dengan
penuh syukur.
07- Selesaikan sesuatu masalah itu dengan cara mencari puncanya
bukan mencari masalahnya.
08- sebaik-baik amal dan perbuatan adaah dengan menjaga syariat
kehidupan dan syiar agama itu sendiri kerana ianya lepas dari
segala macam fitnah kehidupan.
09- Pesan orang arifbillah, ruangkan masa sehari semalam dalam
seminggu bagi beriktiqaf dimasjid kerana itu adalah pembuka
kepada pelajaran iman dan ilmu yang pertama.
10- Sebaik-baik meminta kepada ALLAH adalah HIDAYAH. (Diri,
keluarga dan keturunan) keAMPUNan, dipermudahkan rezeki serta
mati dalam IMAN.
11- Allah menyuruh kita meminta hanya pada DIA. Jangan berasa
malu untuk berharap dari DIA walau diri sendiri dikelilingi
dengan
dosa dan noda.
www.familiazam.com
12- jangan kita ambil mudah tentang mati tanpa iman dan perasan
akan menikmati syurga akhirnya, celaka adalah tidak takut akan
seksa neraka Allah.
13- Iman tidak boleh diwarisi. Iman perlu dicari, iman harus
dilalui, iman mesti bersaksi, iman adalah kehidupan dan
perjalanan mengenal diri untuk mengenal Tuhan.
14- Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan mungkar,
walaubagaimanapun fikir dan hati harus berusaha didalam
meningkatkan kefahaman dan ilmu solat itu sendiri.
15- perbanyakkan memohon doa dan keampunan untuk ibu bapa juga
memohon keampunan dari mereka. (Disyorkan membaca
Surah Al-Fatehah, Al-Imran dan Al-Kahfi)
www.familiazam.com
16- Perbanyakkan muhasabah diri dan beristiqfar pada setiap dosa
yang dilakukan dan solat sunat taubat. (Disyorkan membaca Surah
Al Fatehah, At -Taubah, Al-Fill dan Al-Kahfi}
17- Uzlahkan diri dari kesibukkan dunia, kelukan lidah dan
perbanyakkan tasbih, matikan hati dari berangan-angan tentang
dunia (Hayati Al-Quran) dan matikan jasad dengan zikirullah.
18- Renunglah sejarah pengabdian Nabi Noh, Nabi Ibrahim, Nabi
Musa dan Nabi Isa. Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka
di dalam pengabdian kepada Allah.
19- Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita.
Andai kaya, lihatlah kepada yang miskin. Andai miskin, lihat
kepada
yang papa. Andai papa, lihatlah kepada yang cacat dan seterusnya.
20- Kata orang arifbillah, pastikan amalan wajib tidak
ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunat. (Jangan jadikan
amalan itu
ibarat badan tidak berkepala)
21- Kesusahan hidup didunia ini berpunca dari diri sendiri
kerana tidak mahu menerima perjalanan yang hakiki dan sebaliknya
mengikut jejak kafir didalam mencari bukti.
22- Hidup ini hanya ada tiga hari, semalam sebagai pengalaman,
hari ini untuk perancangan dan esok hanya menantikan jawapan.
23- Hadiah paling
besar yang pernah diterima oleh syaitan daripada iblis adalah
memecahbelahkan rumahtangga dan memutuskan silaturrahim.
24- Syaitan sangat suka kepada mereka yang sangat suka melayan
perasaan dan nafsu amarah kerana itu adalah pintu yang paling
luas untuk dia berpeluang menggoda.
25- Jangan sesakali ada perasaan sombong dan bongkak dalam hidup
kerana ia sebahagian daripada isyarat keda syaitan untuk
memperdaya kita.
www.familiazam.com
26- Apabila zina dan riba berleluasa maka kehancuran sesutu kaum
dan bangsa itu akan berlaku samada keruntuhan akhlak, budi
pekerti dan kesusilaannya.
27- Jangan sangka diri sudah berada didalam golongan ahli sunnah
wal jamaah sedangkan amal, hati, jiwa dan akal masih penuh
dengan keseronokkan dunia.
28- Rumahku syurgaku. Keharmonian rumahtangg dan keluarga boleh
dipelihara dengan menjaga amal dan adab-adab rumahtangga dengan
penuh jujur, taat, redha dan ikhlas.
29- Pesan orang arifbillah, bila dilantik menjadi imam, jangan
bertakbir selagi semua makmum belum bersedia untuk menunaikan
solat fardhu secara berjamaah.
30- Hiduplah kita dengan bersederhana dan jangan sesekali
berlebih-lebihan kerana dikhuatiri kita akan leka dan ia boleh
membawa kepada pembaziran.
31- Peliharalah keluarga sebagaimana kita memelihara maruah diri
kerana mereka itu adalah amanah Allah kepada kita.
www.familiazam.com
32- Ibubapa dalam keluarga itu umpama raja dan permaisuri,
anak-anak dan seisi rumah pula seperti rakyat dan khazanah
kerajaan. Tadbirlah ia dengan bijaksana.
33- Syarat ketua keluarga itu perlu ada kasih sayang tanpa
berbelah bagi. Adil didalam membuat keputusan dengan memahami
wadah seisi keluarganya.
34- Fikir, amal, ilmu dan nikmat iman itu sangat halus rasanya.
Tiada bahasa yang dapai diungkap melainkan dengan perjuangan,
kasih sayang dan kehambaan kepadaNya.
35- Kekuatan iman itu lahir dengan berlapar, mujahadah, mencari
ilmu dan beribadah yang berteraskan fikiran panduannya dari
Allah, Rasulnya, Al-Quran dan guru mursyid.
36- Makanan nafsu amarah ialah kenyang, kesenangan, keseronokkan
dan kepuasan dunia berasaskan fikiran dan panduannya dari jin
dan syaitan untuk leka kepada dunia.
37- Dalil kita yakin kepada akhirat adalah dengan keberanian dan
ketabahan dalam menempuh kesesahan hidup seperti Nabi Muhammad
S.A.W dan sahabat Rasulullah.
38- Pengorbanan kehidupan bermula dengan perbanyakkan ibadah dan
mencari ilmu seperti di madrasah, masjid, makam dan bermusafir
dengan penuh fakir kepada Allah S.W.T
39- Pengorbanan harta bermula dengan pemberian hadiah, sedekah
dan mujahadah bagi mengikis cinta dunia.
www.familiazam.com
40- Di dalam kenikmatan beribadah jangan kita leka untuk mencari
ilmu dan amal bagi menuju kepada perjuangan dan maksud hidup
sebenar.
41- Ketika sibuk mencari kebahagiaan di dunia, jangan lupa atau
lalai untuk mencari kebahagiaan di akhirat dengan perbanyakkan
mencari ilmu, ibadah dan taqwa.
42- Maksiat menjauhkan kita dari para ilmu akhirat dan jalan ke
syurga tetapi mendekatkan kita dengan ilmu dunia dan jalan ke
neraka.
www.familiazam.com
Kemaskini 12 April 2010
43- Pengharapan itu biarlah hanya kepada Allah, Rujuklah surah
At-Taubah, renugilah ayat demi ayat dan memohonlah kefahaman
darinya (Ayat 129)
44- Jangan difikir pada ganjaran pahala, biarlah segala
kebaikkan itu menjadi penghapus dosa-dosa lalu dan yang akan
datang.
www.familiazam.com
45- Penuhkan amalan semasa beriktiqaf dengan zikir, tasbih,
solat dan menghayati Al-Quran hingga sejahtera diri, aman
fikiran, damai perasaan dan sentosa kehidupan.
46- Rezeki yang halal itu datangnya dari sumber yang halal dan
hati tidak meraguinya. Hindarkan dari rezeki yang meragukan.
47- Ilmu keinsanan itu diperolehi apabila segala ujian, gangguan,
godaan dan tentangan hidup itu dilalui dengan penuh ketaqwaan
dan keredhaan.
www.familiazam.com
48- Nak beriman sanggup diuji. Nak beramal sanggup menghadapi
gangguan, nak kehambaan, sanggup pada godaan dan nak keislaman
sanggup pada tentangan kehidupan.
49- Jangan berdukacita dengan apa yang tidak diperolehi tetapi
teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan dan
diberikan (nikmat)
50- Harta yang palng untung sabar, teman yang paling akrab amal,
pengawal yang paling waspada diam, bahasa yang paling indah
senyum.
www.familiazam.com
51- Maksiat itu boleh menggelapkan hati, jiwa dan raut wajah
dari cahaya iman dan menghalang (bertangguh) dari bersegera
bertaubat.
www.familiazam.com
52- Beruntunglah bagi jiwa yang merdeka dan sesungguhnya ilmu
islam itu mudah masuk kedalam hati melalui doa dan hidayah
Allah, yang sering dipohon (munajat).
53- Biarlah hidup sederhana di dunia ini asalkan hati dan jiwa
merdeka dari penjara dunia yang penuh tipu daya melalui
keseronokkan dan keselesaanya.
54- Ilmu Al-Quran mampu dipelajari dengan hati dan jiwa yang
tenang dan merdeka dari sebarang pengaruh dunia yang melalaikan.
www.familiazam.com
55- Ilmu islam mampu dipelajari dengan kefahaman hati yang kasih
dan cinta kepada Allah dan Rasulnya melalui penghayatan Al-Quran
dan Sunah Rasul (amalan).
56- Kata orang arifbillah, tidak dapat dipelajari ilmu islam itu
secara menyeluruh kerana ia terlalu luas bagi umat manusia untuk
mempelajarinya (teori).
57- Tidak lebih baik sesuatu kefahaman itu bagi perbatasan diri
selain dari kefahaman agama dan Islam sebagai cara serta
Al_Quran sebagai panduannya.
www.familiazam.com
58- Setiap kebebasan dunia itu perlu ada padanya batasan. Silap
langkah, kebebasan itu akan menjadi pintu gerbang syaitan untuk
menghancurkan kita.
59- Wadah agama dan kefahaman islam itu adalah berbeza-beza bagi
individu, maka tidak perlu bertikam lidah pada sesuatu perkara,
jadikan syariat islam sebagai jalan penyelesaian.
60- Apabila berdakwah, syariat agama sangat penting bagi
mengelakkan dari fitnah dunia. Jangan sesekali mengamalkan
tariqat, hakikat dan makrifat tanpa syariat.
61- Dakwah itu adalah sesuatu pekerjaan yang embawa umat kepada
berfikir, beramal, khidmat dan taqwa kepada Allah SWT.
www.familiazam.com
http://familiazam.com
62- Beza diantara kita dan orang kafir itu adalah fikir kita
kepada akhirat, dakwah kita menyelamatkan umat dan khidmat kita
untuk perpaduan dan kesejahteraan umat.
63- Setiap hari kita bangun, keluar rumah mencari rezeki, pagi
atau malam pula kita pulang kepangkuan keluarga, apakah beza
antara kita dan orang kafir itu?
64- Kata orang arifbillah, ketika diutus melaungkan azan, jangan
ada niat selain dari ingin mengajak makhluk untuk menyembah dan
bertaqwa kepada Allah (berjemaah).
http://familiazam.com
65- Perjuangan itu menuntut kemerdekaan, sebaik-baik kemerdekaan
adalah kemerdekaan untuk menjalankan hukuman Allah dan kita
berlindung dibawah naungannya.
66- Perjuamgan tanpa kecintaan umpama senjata tidak berpeluru.
Kecintaan tanpa perjuangan itu pula umpama peluru tanpa senjata.
www.familiazam.com
67- Perjuangan lahir dari kecintaan yang mendalam, namun
kekuatan dan kelemahan itu juga adalah terletak pada wanita.
Berhati-hatilah.
http://familiazam.com
68- Kasih sayang lahir dari naluri kecintaan, namun ia dapat
dilumpuhkan oleh nafsu amarah dengan keselesaan dunia.
www.familiazam.com
69- Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan
jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu
adalah baja bagi nafsu amarah.
70- Keberkatan rezeki itu disertai dengan ketenangan jiwa dan
kelapangan nurani walaupun ianya sedikit tetapi mencukupi.
71- Allah memudahkan rezeki kepada sekelian makhluknya kecuali
kepada mereka yang sering melakukan maksiat.
www.familiazam.com
Sumber: Melanggan sms dengan Celcom X-pax
Diterbitkan pada: 07 Febuari 2010 (Bilanganan 1 hingga 23)
Kemaskini pada: 01 April 2010 (Bilangan 24 hingga 42)
Kemaskini akhir pada: 12 April 2010 (Bilangan 43 hingga
74)
