Utama    Profile    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Blog    Hubungi

TEGURAN NEGATIF JEJAS MINDA ANAK

 Laman Utama > Galeri > Nukilan > Macam Macam Ada > Kekeluargaan > Teguran Negatif



Bagi mereka yang mempunyai cahaya mata tentu memahami betapa sukarnya mengawasi tingkah laku anak-anak, terutama dalam "usia nakal". Dalam peringkat usia begini, sifat ingin tahu dan ingin mencuba giat berkembang. Sebagai ibu bapa, kita tentu tidak mahu melihat anak-anak terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh memudaratkan.
http://familiazam.com
Kita juga ingin mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak bergaul dengan golongan yang rendah akhlaknya. Dalam usaha kita berperanan sebagai ibu bapa bertanggungjawab, kadangkala kita tersilap ketika menegur anak-anak. Akhirnya, niat baik bertukar menjadi mimpi buruk.
http://familiazam.com
Antara kesilapan yang sering dilakukah ketika menegur anak ialah menggunakan ayat berbentuk negatif. Contohnya, "Mengapalah kamu ni malas sangat hendak baca buku?". Kritikan sedemikian jika diulangi selalu boleh menjadi kenyataan. Perkataan ibu bapa terhadap anak-anak doa yang makbul. Daripada segi psikologi, kritikan yang negatif membentuk minda anak negatif. Jadi, jangan persalahkan mereka jika mereka benar-benar menjadi malas.

Kesilapan kedua ketika menegur ialah menegur berulang kali tetapi tidak memastikan anak mengikut teguran kita. Contohnya, apabila menyuruh anak yang sedang menonton televisyen pergi bersolat, kita perlu memastikan mereka terus melakukan arahan. Jangan ulangi arahan itu beberapa kali.  
http://familiazam.com
Teguran berulang kali tanpa merubah tingkah laku anak-anak boleh membawa dua kesan besar. Pertama, mungkin anak membenci leteran ibu bapa. Kedua, sifat hormat anak-anak kepada ibu bapa berkurangan. Dalam pada itu, ibu bapa perlu konsisten menegur anak-anak yang melakukan kesalahan yang sama. Contohnya, jika hari ini kita menegur anak yang sedang bermain mancis, jika esok dia bermain lagi kita mestilah menegurnya juga. Teguran yang tidak konsisten menyebabkan anak keliru. Semalam tidak boleh, hari ini boleh pula.
http://familiazam.com
Kesilapan ketiga ialah mengugut atau mengancam anak. Anak yang selalu diugut ketika proses tumbesarannya menjadikan dia seorang penakut apabila besar kelak. Malah, kemungkinan menjadi tukang ugut pula ,suatu hari kelak. Ini kerana anak-anak biasanya mengikut tingkah laku dan gaya hidup penjaganya. Walaupun kita sudah menegur dan menasitiati anak dengan baik, hanya Allah jua yang dapat mengubah hati mereka. Jika perangai anak-anak tetap tidak berubah, bersabar dan letakkan harapan supaya dia berubah menjadi lebih baik.
http://familiazam.com
Sumber: Harian Metro
Diterbitkan pada: 27 Oktober 2006

Mutiara Kata: "Apabila salah seorang daripada kamu bersin, hendaklah dia mengucapkan ALHAMDULILLAH dan hendaklah pula saudaranya atau temannya menyebut YARHAMUKALLAH. Dan jika orang lain menyebut YARHAMUKALLAH kepadanya, maka dia menjawab dengan doa YAHDINA WAYAHDIKUMULLAH"


Mari… mari… mari… Ada berita baik buat anda…
Domain Name & Web Hosting
Dapatkan hosting dan domain termurah di Malaysia.


 

 Main Menu
 
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Twitter
Facebook
Geng Blogger
Host By
 Paid-up Advertisement
Keladi Tikus Penawar Kanser
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Recommended Downloads


Download Now
Untuk wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman
di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

Download Now
Anda ingin disayangi & disenangi oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Download Now!
Membongkar rahsia herba yang disangka semak samun disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga RM100 sekilogram!

Download Now
Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi
yang dijamin paling berkesan!

 
  Last Update: 01 December 2011 06:46 AM