|
Soalan 50:
Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring
tetapi tak boleh duduk? |
Jawapan:
Penguin |
|
Soalan 49:
Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula
lalu. Apa yang patah pulak? |
Jawapan:
PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah
patah. |
|
Soalan 48:
Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah.
Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau,
biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada
semua stokin tersebut? |
Jawapan:
Stokin tu basah lah.... |
|
Soalan 47:
Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang
akan menjadi beku apabila dipanaskan? |
Jawapan:
Telur |
|
Soalan 46:
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang
makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. |
Jawapan:
Kuih Donut |
|
Soalan 45:
Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam
kebakaran disebuah kedai? |
Jawapan:
Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas
sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab
diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu) |
|
Soalan 44:
Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di
bawah merana. Apakah ia? |
Jawapan:
Pengail yang dapat ikan. |
|
Soalan 43:
Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa
mencecah air. Bila ku toleh kebelakang,
tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? |
Jawapan:
Aku berjalan secara mengundur! |
|
Soalan 43:
Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing
kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri.
Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? |
Jawapan:
Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan
memakan rumput. |
|
Soalan 42:
Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa
yang akan turun dahulu? |
Jawapan:
Spedometer bas lah... |
|
Soalan 41:
Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh
perigi? |
Jawapan:
Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh
perigi jatuh dulu baru naik. |
|
Soalan 40:
Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan
mulutnya ditutup ? |
Jawapan:
Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat
melihat! |
|
Soalan 39:
Kenapa mayat dibungkus kain putih? |
Jawapan:
Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!! |
|
Soalan 38:
Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan
kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? |
Jawapan:
Ayam jadi banyaklah bilangannya. |
|
Soalan 37:
Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? |
Jawapan:
Panjang ekor tikus, karena
tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah. |
|
Soalan 36:
Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu
kerikil? |
Jawapan:
Kerana kalau ditaruh
pisang goreng pasti jadi rebutan. |
|
Soalan 35:
Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? |
Jawapan:
Lampu jiran tetangga kita.
Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya. |
|
Soalan 34:
Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau
dibuka dia akan marah-marah? |
Jawapan:
Orang naik beca semasa
hujan |
|
Soalan 33:
Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita
baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun
ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. |
Jawapan:
Tapak kaki kitalah. |
|
Soalan 32:
Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian
belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian
depan? |
Jawapan:
Kerana guru sejarah
memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir
untuk masa depan. |
|
Soalan 31:
Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan
kucing hitam? |
Jawapan:
Ia bergantung kepada
kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus! |
|
Soalan 30:
Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang
perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? |
Jawapan:
Sebab lelaki yang bodoh
jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang
buta. |
|
Soalan 29:
Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau
kura-kura panjat pokok nampak apa? |
Jawapan:
Nampak
pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat
pokok.
|
|
Soalan 28:
Apakah yang berada diantara langit dan bumi. |
Jawapan:
Mungkin ada banyak
jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki
adalah "dan" |
|
Soalan 27:Apakah
benda bertali yang apabila kita pegang, ia
akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup,
namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
|
Jawapan:
Gasing! Tak
kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya
sama. |
|
Soalan 26:Apabila
suami dapat, maka isterinya pun dapat sama,
tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak
mendapat sama. Apakah itu?
|
Jawapan:
Gelaran Dato, Bila
Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat
gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat
gelaran Dato, suami tidak mendapat sama. |
|
Soalan 25:Jika
sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin
rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong
semakin menjadi tinggi?
|
Jawapan:Seluar panjang.
Bila dipotong ianya akan semakin tinggi. |
|
Soalan 24:
Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah.
Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah
kedudukan boleh kabur pandangan, kurang
pendengaran.
|
Jawapan:
Antena TV. Kadang
orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer
kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun
kabur, suara pun tak ada.... |
|
Soalan 23:
Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau
makan kulit, buang apa? |
Jawapan:
Buang tebiat
|
|
Soalan 22:
Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di
bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang,
celaka benar kalau ditebang.
|
Jawapan:
Batang hidung
engkaulah! |
|
Soalan 21:
Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam
2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk
memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok
getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya
pokok apa tumbuh dulu?
|
Jawapan:
Dua-dua tak tumbuh,
sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
|
|
Soalan 20:
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak
bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke
hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong
bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan
Fatimah. Kenapa ?
|
Jawapan:
Sebab anak dia tu
perempuan |
|
Soalan 19:
Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru
hujan?
|
Jawapan:
Bahrain - bah tu
banjir, 'rain' tu hujan... |
|
Soalan 18:
Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang
akan mati?
|
Jawapan: Pemandunya lah
yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa
berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan? |
|
Soalan 17:
Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan
kepala.kalau makan tak pulak?
|
Jawapan:
Sebab dia fikir
nak buang air kecil tak boleh-boleh. |
|
Soalan 16:
Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak,
setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun
kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai
mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
|
Jawapan:
Pisang Goreng
|
|
Soalan 15:
Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya
dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
|
Jawapan:
Kutu ler...Sebab
memang dok kat kepala orang! |
|
Soalan 14:
Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4,
bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki
3?
|
Jawapan:
Manusia! Semasa
kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua
kaki dan bila tua bertongkat. |
|
Soalan 13:
Apakah haiwan yang berkaki 3?
|
Jawapan:
Kuda cacat. Kalau tak
cacat pasti kakinya 4. |
|
Soalan 12:
Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? |
Jawapan:
Kerana yang
menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta
mungkin namanya YAMAHMUD. |
|
Soalan 11:
Apa perbezaan antara orang kurus dan orang
gemuk?
|
Jawapan:
Orang kurus makan
hati, orang gemuk makan tempat. |
|
Soalan 10:
Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
|
Jawapan:
Kutu, kerana
sering memijak-mijak kepala orang. |
|
Soalan 09:
Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering
membawa gitar?
|
Jawapan:
Takkan nak bawak
piano pulak! besar tuh! |
|
Soalan 08:
Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam,
seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam,
sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia
berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu
di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan
berwarna hitam dengan lampu yang juga padam
meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan
lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin
pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba
hitam itu?
|
Jawapan: Waktu itu adalah
siang hari bukannya malam! |
|
Soalan 07:
Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai
tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
|
Jawapan: Anak mancis daaa. |
|
Soalan 06:
Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal
besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam
rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni
apa paling besar?
|
Jawapan: Orang tu le penipu
besar, mana ada rumah dalam kapal... ha...ha...ha.. |
|
Soalan 05:
Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak
menciptakan telefon?
|
Jawapan: Perjalanan anda
tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali
jalan oleh TELEKOM
|
|
Soalan 04:
10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba
berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus
terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah
jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung
itu jatuh kebumi?
|
Jawapan: Kerana 4 ekor
burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan
menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa. |
|
Soalan 03:
Binatang apakah yang paling kaya didunia?
|
Jawapan: Beruang (sebab
binatang ni ber wang) |
|
Soalan 02:
Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh
inggeris?
|
Jawapan: Ikan Belukang
kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang"
adalah perkataan Jawa. |
|
Soalan 01:
Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang
pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang
wanita berlari keliling padang tanpa seurat
benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan
depan.
|
Jawapan:
Mereka akan kata.
1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh
firullah hal azim. 3- Alhamdulillah. |