Utama    Profile    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Blog    Hubungi

HIMPUNAN TEKA-TEKI 2

 Laman Utama > Galeri > Nukilan > Teka Teki

Dalam ruangan teka-teki ini kami paparkan beberapa teka-teki yang kami dapati dari berbagai sumber. Ianya hanyalah sebagai hiburan semata-mata. Untuk mendapatkan jawapan sila "highlight" pada ruang jawapan. Jika anda ingin menyumbangkan teka-teki, sila emailkan kepada :  al_quazam at yahoo dot com atau klik disini
Tekan kekunci Ctrl dan A untuk melihat semua jawapan.
 

Soalan 85: Ada seekor katak masuk ke dalam bilik Ramlee. Ramlee bangun lalu memukul katak itu. Kenapa katak tu tak lari? Jawapan: Katak memang tak boleh lari, ia biasanya hanya melompat!
Soalan 84: Dalam banyak-banyak kotak, kotak ape yg tak boleh diangkat? Jawapan: Kotak penalti
Soalan 83: Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang mati bila disiram air? Jawapan: Bunga api
Soalan 82: Jika 1=5, 2=10, 3=15, 4=20, 5=? Jawapan: 5
Soalan 81: Ali terjumpa bangkai kucing dan bangkai anjing... mana satu yang Ali akan tutup dulu? Jawapan: Hidungnya
Soalan 80: Dalam banyak-banyak kotak, kotak ape yang berdosa? Jawapan: Ko tak sembahyang...
Soalan 79: Hari ini bagi soalan matematik sikit... Camne empat boleh berada dalam lima? Jawapan: Jika, I = satu, II = dua, III =tiga, IV = empat, fIVe =f+IV+e=lima
Soalan 78: Diberi makan saya hidup, diberi air saya mati..Siapa saya? Jawapan: Unggun api..
Soalan 77: Ada sekor monyet sedang bergumbira bergayut2 di dalam hutan.. Tiba2 dia terjatuh ke dalam sungai dan berpaut pada kayu hanyut.. dalam sungai tu ada seekor buaya yang ganas ala2 bujang senang gitu.. Camne monyet tu nak selamatkan diri? Jawapan: Aku tak tau...hanya 'monyet' je mampu jawab.. :P
Soalan 76: Bila masuk banyak-banyak.. Bila keluar... satu, banyak-banyak... Dua, sikit-sikit... Tiga, jarang-jarang... Empat, lima dan seterusnya, kadang-kadang... :) Jawapan: 'masuk':masa makan dan 'keluar':masa ke tandas
Soalan 75: Bila saya masuk segi tiga, bila saya keluar je terus gulung-gulung.. siapakah saya? Jawapan: Seluar dalam jenis segi-tiga.
Soalan 74: Berikan perbezaan teman wanita dan isteri.... Jawapan: Lebih kurang 20 kilogram
Soalan 73: Apa yang duduknya bawah pusat dan selalu turun naik? Jawapan: Zip seluar
Soalan 72: Dalam banyak-banyak burung,burung apakah yang jaga datuknya? Jawapan: Burung Belatuk.
Soalan 71: Burger apakah yang gembira? Jawapan: Bergembira.
Soalan 70: Dalam banyak-banyak papan, papan apakah yang dikunci? Jawapan: Papan kekunci la. Siot betul la.
Soalan 69: Apakah benda ini tumbuh, tetepi tidak dipanggil tumbuh-tumbuhan. Jawapan: Rambut
Soalan 68: Sukan apa menang daripada belakang? Jawapan: Tarik Tali
Soalan 67: Apa ikan yang sampai dahulu di perairan malaysia... Jawapan: Kepala ikanlah takkan ekor pulak..
Soalan 66: Kenapa penggali kubur menggali kubur tak pakai kasut? Jawapan: Yelah penggali kubur gali kubur pakai cangkul kalau gali pakai kasut sampai setahun pon tak siap gali....
Soalan 65: Kalau lebar sukar keluar, tetapi senang keluar bila sempat, apakah itu? Jawapan: Mulut orang meludah
Soalan 64: Apa warna gigi bayi yang dilahirkan ibunya orang putih dan bapanya orang hitam? Jawapan: Bayi mana ada gigi ada cuma ada gusi saja.
Soalan 63: Kenderaan apa pemandunya ramai manakala penumpangnya seorang saja. Jawapan: Pengusung keranda mayat. Tukang usung ramai yang mati dalam keranda sorang jer.
Soalan 62: Benda apa sekejap dia hitam sekejap dia putih sekejap hitam sekejap dia putih? Jawapan: Peguin yang jatuh tergolek-golek.
Soalan 61: Kenapa hujan turun tak pakai tangga? Jawapan: Sebab nak cepat turun kalau pakai tangga akan jadi lambat.
Soalan 60: Benda apa, bila kite lupa, kita bawak, bila kite ingat, kita tinggal? Jawapan: Kemuncup
Soalan 59: Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil? Jawapan: Buah dam.. kita kena makan buah dam lawan kita, baru boleh ambil buah dam dari pihak lawan... :)
Soalan 58: Kenapa siput babi jalan lambat? Jawapan: Sebab sambil berjalan, dia asyik fkir dia tu siput ke babi..
Soalan 56: Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa? Jawapan:  Tetap dua puluh sebab hanya diambil , tidak dimakan
Soalan 55: Kecil, putih,tapi kalau dipukul dapat membangunkan orang sekampung. Jawapan: Sebutir nasi terlekat di beduk atau kentongan
Soalan 54: Sebuah lori telah membawa 15 ekor kambing untuk dihantar kepada pelanggannya. Namun apabila sampai di sebuah persimpangan. lori itu telah membrek dengan mengejut dan menyebabkan 5 ekor kambing itu melompat. Kemudian sampai di sebuah selekoh 10 ekor kambing telah melompat lagi. Akhirnya berapa ekor kambingkah yang telah tinggal. Jawapan: 15 ekor lah sebab kambing itu cuma melompat je bukan melompat kuar pun.
Soalan 53: Dalam banyak-banyak buah, buah apakah bila ditanya menimbulkan persoalan.. Jawapan: Tembikai
Mesti orang tanya kenapa tembikai... Haa....tengok, kan dah menimbulkan persoalan (x kisah nak jwb buah apa pun)
Soalan 52: Ia memakai topi kuning, tapi bukan arkitek, memakai uniform putih tapi bukan doktor. Ia ada ekor tapi ia bukan binatang. Apakah dia? Jawapan: Taugeh
Soalan 51: Jika kapal terbang masuk gua, apa yang keluar??? Jawapan: Keluar surat khabar lerrr..

Mutiara Kata: "Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"


"Ketahui bagaimana pasangan yang hampir bercerai menyemarakkan kembali asmara yang telah pudar dan menyelamatkan
Seni Ciuman
rumahtangga mereka hanya dengan mempelajari dan memantapkan teknik ciuman !! "

 

 

 Main Menu
 
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Twitter
Facebook
Geng Blogger
Host By
 Paid-up Advertisement
Keladi Tikus Penawar Kanser
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Recommended Downloads


Download Now
Untuk wanita yang masih lagi tercari-cari
lelaki idaman
di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya Mr. Right anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

Download Now
Anda ingin disayangi & disenangi oleh semua orang? Jadikan sesiapa saja menyayangi anda & membuatkan hidup bahagia selamanya, insyaAllah!" Senang, terbukti berkesan, hasil yang cepat, paling penting tidak bertentangan dengan islam.

Download Now!
Membongkar rahsia herba yang disangka semak samun disekitar rumah anda. Jangan terperanjat jika apa yang anda sangka rumput liar boleh dijual sehingga RM100 sekilogram!

Download Now
Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
3 Strategi
yang dijamin paling berkesan!

 
  Last Update: 01 December 2011 06:59 AM