|
"Usah
membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan
berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri
supaya ia berasa lebih dihargai."
www.familiazam.com
"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat
keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik
dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"
"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia
menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan
hindari ungkapan kesat atau maki hamun"
www.familiazam.com
"Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa
hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang
matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"
www.familiazam.com
"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak
dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan
ragu-ragu adalah punca kegagalan" \
"Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri,
walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya
adalah memperbudak0-budaknan isteri"
www.familiazam.com
"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri
dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana
seorang suami sering ditunggu kepulangannya"
"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya
ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri
membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.
"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada
penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan
memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"
www.familiazam.com
"Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar,
kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan
isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"
www.familiazam.com
"Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira
untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan
menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"
www.familiazam.com
"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh
penting dalam hidup mereka
seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri
dengan ucapan atau pemberian."
"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal
mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan
isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan"
www.familiazam.com
"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan
keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya.
Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya".
www.familiazam.com
"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan
dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan
mampu meningkatkan semangat isteri".
www.familiazam.com
"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian
menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri
serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."
www.familiazam.com
"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu
adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh
merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."
www.familiazam.com
"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua
keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka
membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"
www.familiazam.com
"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap
tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi
dalam apa jua tindakan dan keputusan"
www.familiazam.com
"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan
isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran
adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"
www.familiazam.com
"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut
gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah
jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"
www.familiazam.com
"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia
mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan
kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."
www.familiazam.com
"Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan
menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji
jika tidak bersedia menepatinya".
www.familiazam.com
"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada
isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami
perlu bersana beri perhatian sewajarnya".
www.familiazam.com
"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu
perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila
masa dan boleh memakan diri".
www.familiazam.com
"Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri
dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijak
memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".
Sumber:
Subscribe Maxis
Kiriman: 15 Julai 2004
|