|
Bagaimana untuk memuaturun video
dari laman youtube.com
1. Masuk ke laman
http://youtube.com
dan carilah video pilihan anda yang dihantar oleh pengguna laman
tersebut. Ada bermacam kategori video disediakan. Jika telah
berjumpa klik link video tersebut anda akan melihat video akan di
paparkan seperti gambar di bawah.sila copy URL (seperti yang di
tunjuk oleh anak panah di bawah). Untuk tutorial ini saya akan
menggunakan video Gerenti Beres oleh KRU dengan url:
http://www.youtube.com/watch?v=uqW7fEoY_cQ

2. Buka browser Internet
Explorer dan masukkan alamat
http://javimoya.com/blog/youtube_en.php dan pastekan url
yang anda copy dari video yang anda mahukan (Lihat gambar di bawah)
di ruang yang disediakan dan klik butang DOWNLOAD di sebelah kanan
kemudian tunggu sebentar..

3. Kemudian klik butang
DOWNLOAD LINK seperti yang ditunjukkan di bawah.

4. Akan keluar dialog box
seperti ini, klik butang save.

5. Biasanya akan save di
Desktop dengan nama fail get_video. Anda boleh rename dan klik
butang Save.

6.Akan keluar dailog box
seperti gambar di bawah. Klik Open Folder.

7. Klik kanan pada file
get_video yang anda muaturun tadi dan rename sebagai
gerenti_beres.flv


8. Anda boleh membuka fail
gerenti_beres.flv dengan flv player. Jika anda tidak mempunyai flv
player, anda boleh memuaturun dari url dibawah.
http://wcarchive.cdrom.com/pub/simtelnet/win95/mmedmisc/flvplayer_setup.exe
Klik kanan dan Save Target As.
9- Jika mahu mudah lagi,
dapatkan software Internet Download Manager untuk mendownload dan
Codec 345 untuk memainkan file flv dalam media player classic
Diterbitkan
pada:
30 September 2006
 |